Kelebihan Penglibatan Dalam PeKa B40


  • Tiada penglibatan MCO/TPA
  • Tiada sebarang yuran pendaftaran dan retainer fee
  • Tiada fee-splitting antara makmal dan GP
  • Tidak perlu membayar apa-apa kepada makmal. Consumables akan disediakan oleh pihak makmal yang berdaftar
  • Tidak perlu membeli sistem IT khas
  • Potensi mendapat klien baru
  • Membantu golongan yang berpendapatan rendah B40
  • Penglibatan adalah secara sukarela

 

Konsultansi Pengamal Perubatan


  • Lawatan Pertama: Pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan pengambilan ujian darah & air kencing;
  • Lawatan Kedua: Konsultasi untuk menyemak keputusan makmal dan melakukan rujukan sekiranya perlu.
Sejarah Pesakit Pemeriksaan Fizikal
Sejarah Perubatan & Pembedahan Berat, Tinggi, BMI (pengiraan automatik);
Sejarah Keluarga Vital signs
Sejarah Sosial General Examination & Systemic Examination
Saringan Simptom & Faktor Risiko Clinical Breast Examination (CBE)
Saringan Simptom untuk Kesihatan Mental Digital Rectal Examination (DRE) **jika ada indikasi
  • Ujian Makmal:
    • Full Blood Count
    • Renal Profile with estimated glomerular filtration rate (eGFR)
    • HbA1c
    • Random Lipid Profile
    • Urine Biochemistry

 

Makmal Yang Berdaftar Untuk PeKa B40


  • Klinik bebas memilih mana-mana makmal yang berdaftar
  • Tiada sebarang transaksi bayaran antara klinik dengan makmal.
  • Makmal akan membekalkan barang guna habis (consumables) untuk pengumpulan spesimen.
  • Makmal akan mengambil spesimen daripada klinik
  • Keputusan ujian akan di muatnaik ke pangkalan data oleh makmal.
  • Makmal yang berdaftar sehingga kini:
    • BP Lab
    • Clinipath
    • Gribbles
    • Pantai Premier
    • Pathlab
    • Quantum Diagnostic

 

Kadar dan Kaedah Pembayaran


  • Lawatan Pertama : Bayaran terus ke Klinik - RM 40
  • Lawatan Kedua : Bayaran terus ke Klinik - RM 20
  • Berdasarkan jadual yang berkuatkuasa:
    • Jadual Ketujuh dalam Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 - Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998
  • Proses pembayaran akan dilakukan dua kali setiap bulan.

 

 

Senarai Kriteria Pengamal Perubatan Am Swasta


1.

Klinik mestilah mempunyai Borang B atau F

 

2.

Klinik mestilah berdaftar sebagai ‘Klinik Perubatan Swasta Umum’.

 

3.

Klinik yang berdaftar sebagai ‘Klinik Perubatan Swasta Pakar’ dan ‘Klinik Perubatan Swasta Umum dengan Perkhidmatan Estetik sebagai area of interest' adalah dikecualikan dari menyertai projek perintis buat masa ini.

 

4.

Pengamal Perubatan (Pegawai Bertanggungjawab) mestilah berdaftar dengan Malaysia Medical Council (MMC).

 

5.

Pengamal Perubatan (Pegawai Bertanggungjawab) mestilah mempunyai sijil Annual Practicing Certificate (APC) yang sah.

 

6.

Fasiliti klinik hendaklah mempunyai talian telefon, akses internet, komputer dan kemudahan mesin pencetak (printer).

 

Syarat-syarat Pendaftaran GP


Pendaftaran klinik hendaklah di atas nama "Orang yang Bertanggungjawab" di dalam Perakuan Pendaftaran Klinik. Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik :

  • Perakuan pendaftaran untuk mengendalikan klinik perubatan swasta (Borang B atau Borang F)
  • Sijil pendaftaran penuh MPM bagi orang yang bertanggungjawab
  • Perakuan amalan tahunan semasa bagi orang yang bertanggungjawab (APC 2019)
  • Bukti akaun bank

Penafian :

  • Sekiranya terdapat pelanggaran pengisytiharan, perjanjian dengan klinik akan ditamatkan.
  • Pendaftaran e-Perolehan adalah tidak diperlukan untuk GP berdaftar sebagai Klinik PeKa B40.
  • Hanya pengamal perubatan bukar pakar sahaja dibenarkan menjalankan saringan kesihatan PeKa B40.

 

Proses Pendaftaran GP


 

 

Pelekat Klinik PeKa B40


 

Pelekat ini akan diberikan oleh ProtectHealth

Sila paparkan pelekat ini di pintu depan klinik anda supaya para penerima PeKa B40 dapat mengenalpasti klinik anda sebagai Klinik PeKa B40.